Raja Thai buat kejutan berkahwin dengan pengawal peribadi sebelum hari pertabalan - pakdin.my

DUA hari sebelum upacara pertabalannya, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn telah berkahwin dengan timbalan pemerintah pasukan pengawal peribadi raja, Suthida Tidjai.

Pengumuman yang mengejutkan ramai pihak itu sekali gus membolehkan Jeneral Suthida Vajiralongkorn bergelar permaisuri.

Reuters melaporkan pengumuman itu yang disiarkan Jurnal Diraja pada Rabu, menyatakan Raja Vajiralongkorn, 66 sudah berkahwin dengan Suthida.

Upacara pertabalan Vajiralongkorn yang menggunakan gelaran Raja Rama X akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mei ini.

Baginda mewarisi takhta Thailand selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016, selepas 70 tahun bertakhta.

Pada 2014, Vajiralongkorn melantik Suthida Tidjai, bekas pramugari Thai Airways sebagai timbalan pemerintah unit pengawal peribadinya ketika beliau masih putera mahkota.

Pemerhati keluarga diraja dan media asing pernah mengaitkan hubungan romantik Suthida dengan Raja Rama X, namun tiada pengesahan di pihak istana.

Raja Vajiralongkorn menjadikan Suthida sebagai jeneral pada Disember 2016, dan timbalan pemerintah pasukan pengawal peribadi raja pada 2017.

Baginda juga menganugerahkan Suthida taraf kerabat diraja dengan gelaran ‘Thanpuying’.

Raja Thai , Suthida , permaisuri

UTAMABERITARaja Thai buat kejutan berkahwin dengan pengawal peribadi sebelum hari pertabalan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium