Rakam Video Anwar Untuk Jaga Keselamatan TPM

Niat sebenar merakam video Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk menjaga keselamatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Penjelasan itu dibuat Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S. Nallakaruppan mengenai tujuan sebenar rakaman video itu yang beliau serahkan kepada peguamnya sebagai bukti dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DATUK NALLAKARUPPAN/PRESIDEN PARTI BERSATU INDIA MALAYSIA
“Bila dia ikut saya, saya tak kasi matilah, saya mati dulu. Pasal apa? Sebab dia satu Timbalan Perdana Menteri masa itu,  for his safety. Itu jam kita angkat kita pikir dia punya safety, kawan kita, kalau itu saya mahu kasi, saya sudah kasi 98, bila polis tangkap saya. Tahun 98 bila saya kena tangkap saya tak de tunjuk tangan kat Anwar. Kalau saya tunjuk, sampai sekarang dia kat dalam penjara. Sekarang saya fikir untuk negara.”

Tambah beliau, video selama 120 minit itu dirakam di Tivolli Villa, Bangsar namun kandunganya tidak didedahkan.

Bagaimanapun, apabila disoal media adakah Datuk Seri Anwar sedar mengenai rakaman itu, beliau enggan menjawab.

26 Mac lalu, Datuk Seri Anwar memfailkan saman RM100 juta terhadap Datuk Nallakaruppan dan Utusan Malaysia berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan isu moral.

Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Popular