Rakan Setugas Anggota Cawangan Khas Ditahan Bagi Bantu Siasatan - pakdin.my

Rakan Setugas Anggota Cawangan Khas Ditahan Bagi Bantu Siasatan
Seorang anggota polis yang juga rakan setugas anggota Cawangan Khas yang mati ditembak di Bukit Persekutuan, ditahan untuk membantu siasatan.

Suspek ditahan kira-kira jam tujuh malam semalam dan dibawa ke Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut.

Polis turut merampas sepucuk pistol milik suspek dan beberapa dokumen yang berkaitan.

Lokasi suspek ditahan bagaimanapun tidak didedahkan.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa, Lans Koperal T.Thivakar ditemui mati dengan dua kesan tembakan di kepala di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, ibu negara.

Mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.

 

UTAMABERITARakan Setugas Anggota Cawangan Khas Ditahan Bagi Bantu Siasatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium