Rakan Suaram ada kaitan Soros - pakdin.my

Hubungan Anwar, Soros, ICG & APCO

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Amerika Syarikat, antara penyumbang dana terbesar kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal George Soros.

Mendedahkan demikian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, siasatan masih di peringkat awal untuk memastikan penglibatan individu itu yang digelar ‘penyangak mata wang’ ketika krisis ekonomi di Asia Tenggara pada 1997 dan 1998.

“Siasatan awal mendapati ada bukti berdasarkan dokumen dan perjanjian kedua-dua pihak dan kita dapati NGO terbabit adalah salah satu daripada dua NGO berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang dana terbesar Suaram.

Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros berdasarkan dokumen dan e-mel (antara kedua-dua pihak),” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rasah di Politeknik Nilai di sini hari ini.

Katanya, kementeriannya melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang menyiasat lanjut perkara itu dan beliau menggesa Bank Negara untuk campur tangan.

“Bank Negara perlu menyiasat perkara itu mengikut Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 bagi mengambil tindakan terhadap kemasukan wang yang meragukan,” kata Ismail Sabri.

Beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menentukan status Suaram.

UTAMAPOLITIKRakan Suaram ada kaitan Soros

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium