25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Rakyat bukan keutamaan dalam Bajet negeri Selangor

Mat Nadzari
Mat Nadzari

Belanjawan Negeri Selangor 2016 tidak langsung meletakkan rakyat sebagai keutamaan sebaliknya jelas menyasarkan kepentingan untuk memenangi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Ini kerana berdasarkan proses perlaksanaan, kerajaan negeri Selangor kata Naib Pengerusi Ketua Perhubungan UMNO negeri Selangor, Mad Nadzari Ahmad Dahalan hanya menyenaraikan perancangan yang akan dibuat dalam masa dua tahun lagi iaitu 2017.

Sekaligus kerajaan negeri Selangor katanya, hanya mahu rakyat melihat permulaan pelbagai pembaharuan yang cuba dilakukan di tahun paling hampir dengan tempoh PRU ke 14.

“Kalau bagi janji yang tahun 2017 punya cerita, sama sahaja macam janji dengan girlfriend, ‘aku akan nikah dengan kau 7 tahun lagi’, tapi tidak ada jaminan benda tu betul-betul terlaksana atau tidak.

“Sebab itu saya kata Bajet Selangor ni hanyalah untuk menggula-gulakan rakyat sahaja, buat pada 2017, dengan harapan supaya menang dalam Pilihanraya Umum akan datang,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my, Sabtu.

Menurutnya, Belanjawan negeri Selangor itu tidak langsung seperti Bajet Kerajaan Pusat di mana setiap perincian perancangan tertentu dibuat lebih awal dan dimaklumkan secara spesifik kepada umum.

“Cuba lihat dalam bajet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, beliau kata kita akan bina jalan di sekian tempat, dengan berapa kilometer, dengan berapa jumlah peruntukan, dijangka berapa siap, semua ini ada perinciannya.

“Jadi semua pemimpin akan peka dengan apa yang PM sampaikan, bukan main cakap sahaja sebab Bajet adalah perkara penting untuk rakyat tengok apa pembaharuan yang cuba dibuat oleh kerajaan negeri mahu pun kerajaan pusat,” tambahnya.

Fokus Bajet negeri Selangor kepada aspek perumahan, pengangkutan serta program keusahawanan juga tingkahnya masih tidak menguntungkan semua pihak.

Ini katanya, kerana masyarakat luar bandar tidak diberi keutamaan untuk menikmati kemudahan yang dijanjikan.

“Lihat dari segi pengangkutan, bas percuma hanya melalui di kawasan mana sahaja?, tapi pengangkutan percuma ini tidak dirasai masyarakat di luar bandar seperti Bukit Beruntung, Batang Kali, rakyat di sana di anak tirikan.

“Program keusahawanan seperti Industri Kecil dan Sederhana (IKS), yang diberi hanyalah hutang yang perlu dibayar setiap bulan, bukan sejumlah peruntukan yang disesuaikan untuk membantu perniagaan, itu tak betul.

“Perumahan pula, golongan pertengahan dan miskin terpaksa bersaing untuk mendapatkan rumah Selangorku sebab kelayakan bagi seseorang pemohon telah ditingkatkan, bermakna kebarangkalian untuk golongan miskin bandar akan terus tidak dapat memiliki rumah mungkin berlaku dek kerana tertindas dengan golongan pertengahan yang juga inginkan rumah,” tambahnya.

Sehubungan itu, kerajaan negeri didesak supaya membuat pertimbangan kembali dalam Bajet dan setiap dasar yang ingin dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan