33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Rakyat dapat lebih banyak peruntukan jika harga minyak naik

harga-minyak-dunia

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata lebih banyak peruntukan akan disalurkan kepada rakyat jika harga minyak mentah Brent naik melangkaui paras AS$48 setong, tahun depan.

Katanya, jika harga minyak naik, pendapatan kerajaan akan bertambah sekali gus membolehkan ia berbelanja lebih.

“Jika jatuh lebih rendah daripada AS$48 setong, kita perlu menyemak semula bajet kerana kita tidak boleh mencatat defisit melebihi paras 3.2 peratus dan kita juga tidak boleh melangkaui nisbah hutang berbanding KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar),” katanya.

Ahmad Husni ditemui pemberita selepas melancarkan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2015 Institut Akauntan Malaysia (MIA), di sini, hari ini. Turut hadir Presiden MIA, Datuk Mohammad Faiz Azmi dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Ahmad Husni berkata, semakan semula Bajet 2016 itu perlu bagi melindungi ekonomi dan rakyat.

“Kita perlu melindungi ekonomi untuk memastikan kita mencatat pertumbuhan yang mapan dan berdasarkan unjuran, kita boleh mencatat pertumbuhan KDNK empat hingga lima peratus,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi dengan menumpukan kepada produktiviti, melibatkan sektor pendidikan dan latihan.

Persidangan dua hari sehingga esok itu bertemakan ‘Today’s Synergy, Tomorrow’s Reality’ berjaya menarik hampir 2,800 peserta tempatan dan antarabangsa daripada komuniti perdagangan dan industri serta sektor awam, firma swasta dan ahli akademik.

Berita Berkaitan

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan