Rakyat mahu tahu kesahihan video dan siapa sebarkan – Anwar Ibrahim - pakdin.my

“(Rakyat mahu tahu) ada dua fasa, satu apakah sahih video itu dan siapa yang sebarkan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat di negara ini mahu tahu kesahihan video intim bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu yang dikaitkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali.

Menurut beliau, rakyat juga turut mahu mengetahui dalang di sebalik penyebaran empat video intim berkenaan yang tular bulan lalu.

“(Rakyat mahu tahu) ada dua fasa, satu apakah sahih video itu dan siapa yang sebarkan.

“Jadi rakyat mahu tahu kedua-dua benda itu,” katanya kepada media ketika ditanya mengenai penahanan reman Haziq dan lima individu lain, semalam.

Anwar yang mengepalai PKR turut berkata, parti masih menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi menjalankan siasatan terdapat kes berkenaan.

“Itu proses polis tapi ramai persoal mengapa sebahagian, mengapa tidak itu biar polis jawab,” katanya.

Semalam, Mahkamah Majistret membenarkan Haziq serta lima individu lain ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes video lucah yang dikaitkan dengan Azmin Ali.

Perintah reman sehingga 20 Julai ini dikeluarkan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki terhadap keenam-enam mereka.

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 377B ialah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan luar tabii yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan hukuman sebatan manakala Seksyen 233 ialah penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, jika sabit kesalahan.

https://pakdin.my/tag/bersemburit

UTAMAPOLITIKRakyat mahu tahu kesahihan video dan siapa sebarkan – Anwar Ibrahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium