Rakyat Malaysia Di Madinah & Mekah Dilantik Petugas Haji - pakdin.my

petugas-haji

Tabung Haji akan melantik rakyat Malaysia yang bermastautin sama ada di Madinah atau di Mekah sebagai petugas untuk membantu Jemaah Haji mengerjakan Rukun Islam ke-5 itu.

Langkah itu akan menyaksikan pengurangan jumlah petugas Haji yang dihantar dari tanah-air sekaligus menambah kouta Jemaah.

Datuk Abdul Azeez ditemui di Kampung Batu 25, Machang ketika melawat rumah keluarga Jemaah Haji yang meninggal di Makkah, Shamsiah Yaacob, 59 tahun akibat serangan serangan jantung.

Menurut beliau sebelum ini petugas Tabung Haji digunakan dalam kalangan kakitangan Tabung Haji serta petugas lain dari Malaysia yang turut menggunakan kuota Jemaah Haji negara ini.

Kaedah itu menyebabkan kira-kira 600 kuota Haji terpaksa digunakan.

Justeru katanya, dengan menggunakan lebih ramai petugas Tabung Haji dari luar membolehkan kuota Haji digunakan sepenuhnya.

Sehingga kini terdapat sejuta umat Islam yang memohon bagi mengerjakan ibadat Haji dan mereka terpaksa menunggu sehingga 45 tahun bagi mengerjakan ibadat itu.

 

 

UTAMABERITARakyat Malaysia Di Madinah & Mekah Dilantik Petugas Haji

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium