Rakyat Malaysia Di Selatan Thai Dinasihat Pulang Ke Malaysia - pakdin.my

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla

Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan rakyat Malaysia yang masih berada selatan Thailand supaya pulang ke tanah air atas faktor keselamatan.

Menurut Konsul pertamanya, Mohd Rozaimi Harun pihak keselamatan Thailand memaklumkan bahawa letupan susulan kemungkinan berlaku menjelang tahun baharu 2014.

Jelasnya lagi, keadaan di tiga lokasi terbabit iaitu Padang Besar, Sadao dan Danok juga masih lagi tidak stabil dengan pihak keselamatan menjalankan pemantauan berterusan.

Katanya, pihak Konsulat berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang masih berada di selatan Thailand.

Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kunjungi Kawasan Letupan Bom Di Selatan Thailand

Kementerian luar menasihati rakyat Malaysia supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke kawasan berlakunya beberapa siri letupan bom di selatan Thailand.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata rakyat Malaysia perlu menimbangkan buat masa ini untuk menangguhkan sebarang kunjungan tidak perlu ke wilayah terbabit atas sebab-sebab keselamatan.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia yang sudah pun berada di selatan Thailand dinasihati memantau keadaan dengan rapi dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Thailand.

Mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Kelmarin, 27 orang awam cedera dalam letupan bom di bandar Danok, Sadao dan Padang Besar.

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat.

 

UTAMARakyat Malaysia Di Selatan Thai Dinasihat Pulang Ke Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium