Rakyat Malaysia lemas ketika snorkeling di Koh Poda, Krabi

KRABI, THAILAND — Seorang rakyat Malaysia dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Poda, Ao Nang, Wilayah Krabi, Thailand semalam.

- Advertisement -

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi (waktu tempatan), mangsa, Muhamad Hafizee Supie, 25, seorang juruteknik dari Ledang, Johor, melancong ke Pantai Ao Nang bersama rakan sekerjanya.

Pegawai Penyiasat Pejabat Polis Daerah Ao Nang, Kapten Nakorn Chartthai berkata pasukan sukarelawan yang berada di tempat kejadian telah memberi bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa di tempat kejadian namun gagal.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Krabi kira-kira 10 pagi dan disahkan meninggal dunia kira-kira 12.20 tengah hari (waktu tempatan),” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Jenazah kini ditempatkan di Hospital Krabi sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Sementara itu, kakak tiri mangsa, Siti Saadiyah Ismail berkata Muhamad Hafizee, anak kelima daripada enam adik-beradik itu merupakan seorang juruteknik di sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

“Muhamad Hafizee mengikuti rombongan syarikat ke Krabi dengan menaiki bas pada Khamis dan dijangka pulang ke Malaysia pada Selasa.

“Kami dimaklumkan kejadian itu oleh rakan sekerjanya kira-kira 4 petang (waktu Malaysia),” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata keluarga sedang berurusan dengan wakil Konsulat Malaysia di Songkhla untuk membawa balik jenazah Muhamad Hafizee ke Malaysia. — Bernama

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.