Friday - July 30, 2021 @ 10:06
NASIONALSABAHRakyat tetap terhutang budi kepada pasukan keselamatan - Tun Dr. M ...

Rakyat tetap terhutang budi kepada pasukan keselamatan – Tun Dr. M #LahadDatu

Sebahagian daripada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melawat markas PGA di Dewan Semai Bakti Desa Kencana, Felda Sahabat

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disambut oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika beliau turun padang melawat markas PGA di Dewan Kencana, Felda Sahabat di Lahad Datu pada Ahad. Turut sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar

LAHAD DATU 17 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin rakyat tetap terhutang budi kepada pasukan keselamatan meskipun dimanipulasi pembangkang kononnya krisis pencerobohan pengganas di sini adalah satu sandiwara.

Beliau berkata, rakyat tidak termakan propaganda pembangkang untuk memperkecil pasukan keselamatan kerana hakikinya, sudah sembilan nyawa terkorban, dan seorang anggota tentera maut dalam kemalangan ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.

“Saya yakin rakyat terhutang budi dan yakin dengan semangat pasukan keselamatan kita. Ini sikap rakyat Malaysia apabila menghadapi keadaan ini, dan akan bersatu dalam mempertahan negara.

“Walau ada parti politik cuba pecahkan, tetapi rakyat terus sokong pasukan keselamatan,” katanya ketika berucap di Dewan Semai Bakti, Desa Kencana, Felda Sahabat hari ini.

Dr. Mahathir turut beramah mesra dan bertanya khabar dengan 200 anggota pasukan keselamatan di dewan berkenaan.

Beliau juga berharap semua rakyat, terutama di Sabah, memberi penghargaan tinggi kepada pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus mempertahan kedaulatan negara daripada ancaman luar.

Masyarakat Sulu di Sabah juga turut menolak tindakan pengganas itu, walaupun mereka adalah sebangsa, katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, Malaysia harus mempertingkat kekuatan pertahanan negara tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak.

Beliau juga yakin pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berusaha mempertingkat pertahanan negara mengikut kesesuaian muka bumi Sabah, dan tidak akan membenarkan serangan pengganas berlaku lagi pada masa depan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berkorban nyawa mempertahankan negara,” katanya.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here