30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Ramadhan, Bulan Berkat

Bulan Ramadan yang dinantikan kehadirannya saban tahun, kembali lagi.

Bulan yang cukup istimewa berbanding bulan lain kerana ganjaran pahala lebih besar dijanjikan bagi setiap amalan.

Namun sejauh mana kita mampu mengambil peluang dalam bulan yang penuh barakah ini?

Ikuti laporan disediakan Najib Mohd Idris.

Ramadan, bulan ke sembilan daripada senarai 12 bulan-bulan Islam.

Ketibaannya setahun sekali menjanjikan pelbagai kebaikan, bahkan amalan kebajikan turut digandakan pahalanya.

Namun, adakah persediaan fizikal sahaja sudah cukup untuk menerima kedatangannya?

USTAZ HASSAN MAHMUD AL HAFIZ / BEKAS IMAM MASJID NEGARA
Begitu juga kita lupa macam mana kita nak hidup secara orang Islam dalam bulan Ramadhan, dari segi pakaian, pergaulan, begitu juga dengan cara hiburan. Jadi kita bulan Ramadhan ni kita banyak sangat layan nafsu. Dengan lagu-lagu hebat, kalau boleh kita nak ingatkan umat Islam jangan kita terlepas pandang bermakna kita kena banyak mendengar nasihat, dengar orang alim bercakap, majlis-majlis ilmu ni dia orang tak suka.

Ironinya pada bulan ini amalan bertarawih antara ibadah yang sering dilakukan dalam mengejar pahala berganda.

Namun, mungkin ada yang terlepas pandang amalan kerohanian dalam erti kata lain mendekatkan diri kepada sang pencipta, tidak dilakukan.

USTAZ HASSAN MAHMUD AL HAFIZ / BEKAS IMAM MASJID NEGARA
Sebab bulan Ramadhan bukan tiap-tiap bulan. Datang setahun sekali. Pendek kata kita tak rebut, kemungkinan kita akan rugi sebab tahun depan belum tentu lagi akan berjumpa.

Dalam masa sama kebesaran bulan ini juga tidak terhad kepada umat Islam.

Malahan, jika dihitung Allah itu maha adil dalam memberi rezekinya kepada seluruh umat tanpa mengira latar belakang agama.

USTAZ HASSAN MAHMUD AL HAFIZ / BEKAS IMAM MASJID NEGARA
Sebab tu, hikmat bulan Ramadhan ni, dia bukan sahaja untuk orang Islam, bukan sahaja yang berpuasa, Allah cambah rahmat bulan puasa untuk semua manusia. Dia Islam ke bukan Islam ke, tengok kalau kita berpuasa, kadang-kadang orang bukan Islam jual. Mereka pun dapat rahmat.

Apapun marilah kita sama-sama mengambil manfaat dan keberkatan, apatah lagi Ramadan adalah bulan suci umat Islam.

Najib Mohd Idris TV3.

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Rakan sekutu berbalah berhubung jawatan KM Sabah

KOTA KINABALU: Abdul Rahman Dahlan cuba menunjukkan ekspresi biasa pada Sabtu ketika pemimpin Perikatan...

Komen

..

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan