RAMADHAN: MASYARAKAT MINANG MEMULAKAN DENGAN MANDI BALIMAU - pakdin.my

mandi-balimau-minang-sambut-ramadhan (1)

Menurut media Sumatera Barat, umat Islam di Padang menganjurkan ‘mandi balimau’ di sungai sehari sebelum Ramadan untuk membersihkan diri dan sebagai persediaan menyambut bulan puasa.

Kebanyakan mereka yang mengamalkan tradisi ini berasal daripada masyarakat Minang di mana mereka akan mandi beramai-ramai di sungai serta membersihkan badan dengan limau nipis.

Ribuan orang akan menuju Lubuk Minturun di Daerah Koto Tangah dan Sungai Lubuak Paraku di Daerah Lubuak Kilangan untuk bermandi-manda.

Sementara itu di Semarang, Jawa Tengah, masyarakatnya dilaporkan akan menganjurkan ‘dugderan’, terutama di Kota Semarang.

mandi-balimau-minang-sambut-ramadhan (2)

Kemuncak perayaan adalah pada malam hari diadakan upacara membakar mercun dan bunga api serta persembahan kebudayaan.

Permainan rakyat yang dipanggil ‘warak ngendok’ iaitu pertandingan merekacipta replika binatang yang berkepala naga diadakan di samping jualan seperti pasar malam.

Acara sambutan diselang seli dengan unsur dakwah mengajak umat Islam memperbanyakkan ibadah sempena bulan Ramadan.

UTAMADUNIARAMADHAN: MASYARAKAT MINANG MEMULAKAN DENGAN MANDI BALIMAU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium