26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Ramai mengkafir sesama Islam kerana politik – Mahathir

Dr Mahathir Mohamad

Terdapat sebahagian umat Islam di negara ini terlalu mudah dikelirukan hingga sanggup mengkafirkan sesama agama yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila pemimpin mereka berpendirian sedemikian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka begitu fanatik dan akan mengutuk serta mengkafirkan golongan Islam yang menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, jika pada esoknya pemimpin mereka mengatakan perkara sebaliknya iaitu kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan, para penyokong mereka sedia melupakan tuduhan kafir yang dilemparkan sebelum ini.

“Orang Islam seperti ini mudah dikelirukan. Sekiranya pemimpin mereka kata siapa yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir, maka kafirlah orang Islam berkenaan.

“Namun, apabila pemimpin sama mengatakan boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam pada keesokannya, maka mereka akan kata ya, sekali gus melupakan tuduhan kafir kepada pihak satu lagi,” katanya.

Mahathir berkata demikian dalam blognya di http://chedet.cc/blog/ hari ini.

KETAKSUBAN PUAK ASSABIAH

8. Apabila pemimpin berkata mereka disuruh tolak perpaduan dalam Islam untuk mendapat sokongan bukan Islam, mereka yang taksub akan terima bulat-bulat dakwaan pemimpin mereka. Biarlah bagaimana terangnya ajaran Al-Quran berkenaan dengan persaudaraan dalam Islam, ajaran pemimpin mereka dianggap lebih Islam dari Al-Quran.

9. Dahulu pemimpin mereka berkata bekerjasama dengan bukan Islam menjadikan orang itu kafir dan mereka kata “Kafir! Kafir!”. Hari ini pemimpin mereka yang sama berkata mereka mesti bekerjama dengan orang yang kafir. mereka bersetuju dan terus berkerjasama dengan orang kafir. Mereka tidak lagi ambilkira dakwaan dahulu bahawa mereka akan jadi kafir.

Dalam blog itu, beliau turut mengulas mengenai kemunduran dan kemiskinan yang dialami oleh dunia Islam ketika ini dan kegagalan negara-negara tersebut muncul sebagai negara membangun.


“Soalnya sekarang kegagalan ini bukan disebabkan agama. Islam yang dibawa oleh Rasulullah 1,400 tahun lalu telah didatangkan dengan cukup sempurna.

“Namun, selepas zaman Rasulullah, telah berlaku penafsiran tentang agama oleh para sarjana Islam yang tulen serta golongan yang mengaku pakar tetapi sebenarnya penipu.

“Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada penafsiran ini berbeza sama sekali dengan Islam yang sebenar,” ujarnya.

Di Malaysia katanya, terdapat pertubuhan al-Arqam dan Ayah Pin yang secara terang kedua-dua fahamannya bertentangan dengan Islam.

“Dua fahaman ini mempunyai pengikut masing-masing. Mereka percaya dengan apa yang dibawa oleh kedua-dua fahaman ini. Dalam dunia Islam yang lain terdapat banyak kumpulan yang serupa dengan al-Arqam dan Ayah Pin,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, sudah tiba masanya umat Islam kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan paling utama supaya negara-negara Islam mampu bangkit seperti negara-negara yang lain.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...