25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

RAMAI MILITAN MALAYSIA DI SYRIA, IRAQ MAHU PULANG

GOMBAK: Lebih 50 rakyat Malaysia yang kini berada di Syria dan Iraq kerana menyertai kumpulan militan, dilaporkan mahu kembali ke tanah air namun berdepan kesukaran berbuat demikian.

Kebimbangan timbul apabila mereka berdepan ancaman dibunuh oleh rakan militan sendiri kerana sudah berbai’ah, selain masalah logistik mendapatkan cara atau pengangkutan pulang ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata rakyat Malaysia itu perlu mencari jalan sendiri untuk pulang ke tanah air tetapi tidak menyatakan kesediaan polis untuk membantu jika ada cara tertentu.

“Mereka kena balik tetapi bagaimana nak balik, kena usahakan sendiri kerana mereka tidak dibenarkan balik. Jika cuba balik, mereka akan dibunuh.

“Mereka terperangkap di sana tetapi jika ada cara, kita akan bantu kerana mereka rakyat kita.

“Walaupun ada antara mereka bakar dan koyak pasport, ramai yang nak balik, berusaha nak balik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan bertajuk `Keselamatan Negara’ kepada lebih 700 penuntut dan kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.

Yang turut hadir, Presiden UIAM merangkap Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Rektor UIAM, Profesor Datuk Sri Dr Zaleha Kamarudin.

Khalid berkata, mereka yang pulang daripada menyertai militan di Syria dan Iraq tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang di negara ini.

20141009-pengantin-isis

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan