24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Ramasamy dalang kuasa asing: KDN sila bertindak!”

1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan dituntut memberi perhatian serius terhadap tindakan pemimpin politik yang dilihat cenderung terlibat dengan kumpulan yang dilabel pengganas. Tindakan ini boleh mendorong kepada aktiviti keganasan dan mengundang campur tangan asing dalam hal ehwal Negara.

2. Terbaru, tindakan pemimpin DAP, Dr Ramasamy Palanisamy dalam siaran langsung wawancara eksklusif bersama Editor Republic, Niranjan di stesyen televisyen negara India itu yang secara tegas mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Malaysia dalam isu Dr Zakir Naik. Malah, memberi bayangan berbaur keganasan bahawa Dr Zakir Naik tidak layak hidup di Malaysia mahupun di mana-mana dunia bertamadun.

3. Apatah lagi sebelum daripada ini, Dr Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pernah dilaporkan mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) di Sri Lanka. Bahkan tersebar juga gambar beliau bersama Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy menyembah lambang Kalashnikov atau rifle AK-47 yang menjadi ritual kumpulan pemberontak tersebut.

4. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP ini turut pernah memuat naik di media sosial gambar bersama Setiausaha Agung Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK), Gopalasamy Vaiko. Selain pernah juga dimuat naik gambar Gopalasamy yang terbabit bersama LTTE di mana hadir ke majlis perkahwinan anak Dr Ramasamy di Pulau Pinang pada tahun 2017, sekali gus menunjukkan eratnya hubungan mereka.

5. Lantaran kebimbangan awam terhadap kecenderungan terhadap unsur-unsur keganasan dan mempunyai hubungan dengan pihak pengganas, maka banyak laporan Polis dibuat ke atasnya. Oleh itu, PAS mendesak KDN mendedahkan status siasatan yang sudah berusia lebih satu tahun itu. Mengapa tiada tindakan sehingga sekarang? Apakah adanya campur tangan politik? Sedangkan Council of European Union menyenaraikan LTTE sebagai antara pertubuhan pengganas.

6. Maka, PAS menuntut satu tindakan segera dan tegas terhadap sekian banyak laporan Polis yang telah dibuat agar aktiviti berunsur keganasan ini dapat dihentikan segera daripada merebak dan seterusnya menjejaskan keharmonian negara.

“Islam Memimpin Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
PAS Pusat

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...