33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Ramkarpal Bidas Khairuddin Berhubung Komen Tutup Kelab Malam

Pemimpin DAP Ramkarpal Singh membidas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung “kenyataan tidak sensitif” beliau tentang penutupan kelab malam dan tempat hiburan.

Dalam satu kenyataan Ramkarpal kelihatan merujuk komentar Khairuddin di Facebook berkait jenaka yang dibuat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin minggu lepas tentang kemungkinan baiknya jika kelab malam dan tempat hiburan tidak dibuka sama sekali.

Tanpa menyebut maklumat khusus, Khairuddin berkata, “kenyataan perdana menteri itu tepat”.

“Kalau tak buka selamanya pun taka pa. Berhibur sahaja di rumah bersama rakan dan taulan.

“Tidak perlu berpesta sehingga mabuk lalu menimbulkan pelbagai lagi permasalahan. Hanya segelintir yang suka. Ramai yang tidak bersetuju.

“Ikutilah suara ramai sebagai suara demokrasi majoriti…,” katanya dalam hantaran itu.

Tempat hiburan terus ditutup dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Ramkarpal berkata, komen Khairuddin menggambarkan “kecetekan pemimpin PAS” dalam menangani isu melibatkan orang ramai.

“Tanpa apa-apa bukti, sama ada statistik atau sebaliknya, Khairuddin mendakwa bahawa golongan ‘majoriti bersetuju dan kelompok minoriti mesti ‘mengikut’ kehendak majoriti.

“Apakah Khairuddin lupa bahawa kelab malam dan tempat hiburan merupakan sumber pendapatan ramai orang, tanpa mengira kaum atau agama, dan penutupan industri itu akan memberi kesan buruk ke atas kehidupan mereka?”

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga mempersoal sama ada Khairuddin sedar bahawa industri pelancongan juga bergantung pada kelab malam dan tempat hiburan dan penutupannya juga memberi kesan buruk ke atas industri itu.

“Adakah beliau berfikir tentang cukai yang dikutip oleh kerajaan daripada industri pelancongan dan hiburan yang menyumbang kepada pembangunan negara sejak sekian lama?

“Jelas Khairuddin tidak berfikir tentang semua itu walaupun memiliki sumber untuk berbuat demikian sebagai seorang menteri,” katanya dengan menambah bahawa Khairuddin harus membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan.

Katanya, kerajaan tidak harus membuat kenyataan tidak sensitif yang akan memburukkan lagi industri berkenaan yang terkesan teruk akibat wabak Covid-19.

“Perdana menteri juga harus menjelaskan kenyataan spontannya itu, dan sekiranya gagal ia akan mendorong lebih ramai pembantunya membuat kenyataan tidak masuk akal dan tidak berfaedah sama sekali.” – FMT

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan