Rancang serangan berani mati, 4 suspek Daesh ditahan- Khalid - pakdin.my

Empat rakyat Malaysia dipercayai menganggotai kumpulan militan Negara Islam (Daesh) ditahan sejak Isnin lalu hingga semalam, termasuk seorang daripadanya merancang melancarkan serangan berani mati di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tiga suspek termasuk sepasang suami isteri yang berasal dari Terengganu dan Perak berusia antara 23 dan 28 tahun, ditahan di Gaziantep, Turki, 15 November lalu oleh pihak berkuasa negara itu kerana cuba menyusup masuk ke Syria untuk menyertai Daesh.

pdrm ISKatanya, mereka dihantar pulang ke negara ini Isnin lalu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

“Siasatan mendapati mereka direkrut oleh Muhammad Wanny Mohamamed Jedi@Abu Hamzah, iaitu rakyat Malaysia yang menyertai militan Daesh di Syria, melalui Facebook dan aplikasi Telegram.

“Beliau (Muhammad Wanndy) juga bertanggungjawab merancang penyusupan masuk semua suspek itu ke Syria,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Khalid berkata, seorang lagi suspek berusia 28 tahun berasal dari Terengganu yang juga anggota Daesh ditahan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa semalam.

Katanya, suspek mengaku merancang untuk melakukan serangan bunuh diri di negara ini selepas menerima arahan daripada anggota Daesh warga asing di Syria.

“Suspek juga dikenal pasti sebagai individu yang bertanggungjawab menggantung bendera IS di beberapa lokasi sekitar Terengganu, Perak, Selangor dan Johor bagi memberi peringatan kepada kerajaan supaya menghentikan operasi penangkapan ke atas anasir Daesh di Malaysia,” katanya.

Semua tangkapan itu dilakukan mengikut Bab VIA iaitu kesalahan berkaitan keganasan Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

UTAMABERITARancang serangan berani mati, 4 suspek Daesh ditahan- Khalid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium