Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan Dan Pemerluasan) 2013 Diluluskan - pakdin.my

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah pindaan

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah, diluluskan di Dewan Rakyat.

Usaha wakil rakyat pembangkang untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan pada 12.50 malam, Rabu.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim membentangkan usul bagi menghentikan jam di dalam Dewan tepat 12 tengah malam untuk membolehkan perbahasan diteruskan pada hari yang sama, mengikut peraturan mesyuarat 90 (2).

Rang undang-undang itu dibahaskan sejak Selasa selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membentangkannya untuk bacaan kali kedua.

Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Ahmad Zahid pada Rabu lepas.

UTAMARang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan Dan Pemerluasan) 2013 Diluluskan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium