Rangka kepala lembu di rumah Adun kata UMNO Celaka - pakdin.my

rayer-kepala-lembu

Rangka kepala lembu yang masih berdarah ditemui di rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer awal pagi Sabtu.

Kepala lembu itu ditemui isteri Rayer sekitar jam 7 pagi hadapan pagar rumahnya. Rayer memuat naik gambar tersebut di laman Facebook jam 8 pagi.

“Pagi ini saya terjumpa kepala lembu di hadapan pintu pagar rumah saya…” tulisnya.

Wakil rakyat DAP itu sebelum ini menjadi perhatian selepas menimbulkan kontroversi dengan melabelkan UMNO ‘celaka’ ketika persidangan DUN pada 20 Mei lalu.

Pada hari berikutnya sekumpulan pembantah merempuh masuk bangunan untuk mencari Rayer yang tidak ada di situ.

Pendakwaan terhadap di Mahkamah Sesyen pada 19 Jun lalu ditangguhkan atas arahan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Razali Che Ani.

UTAMAPOLITIKRangka kepala lembu di rumah Adun kata UMNO Celaka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium