Rangkaian 4G Maxis hadapi gangguan rangkaian - pakdin.my

Maxis berusaha untuk memperbaiki masalah ini secepat mungkin

RANGKAIAN telekomunikasi Maxis Berhad (Maxis) mengesahkan pihaknya berdepan masalah susulan gangguan pada rangkaian 4G menyebabkan hanya sesetengah pengguna mendapat perkhidmatan itu.

Maxis dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memohon maaf kepada pelanggan Hotlink dan Ookyo berikutan beberapa gangguan perkhidmatan dalam talian mereka.

Katanya, Maxis berusaha untuk memperbaiki masalah ini secepat mungkin dan akan memaklumkan kepada pelanggan sekiranya perkhidmatan dipulihkan sepenuhnya.

“Terdapat isu teknikal buat masa kini dan kerja baik pulih sedang dijalankan. Kami mengucapkan terima kasih atas pemahaman dan sokongan anda,” katanya.

Gangguan ini menjadi ‘trending’ dalam kalangan pengguna laman sosial yang menggunakan #maxis untuk meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan masalah berkenaan.

Malah, ada antara pengguna Maxis kesal kerana mereka tidak dimaklumkan lebih awal mengenai gangguan berkenaan hingga berdepan kesukaran.

UTAMAGAYA HIDUPRangkaian 4G Maxis hadapi gangguan rangkaian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium