Rasuah: Pemilihan cabang PKR Pokok Sena tangguh - pakdin.my

Pemilihan PKR Pokok Sena tidak akan berlangsung serentak dengan pemilihan cabang dan nasional bagi negeri Kedah esok.

Penangguhan itu kerana PKR negeri merasakan wujud elemen meraguankan termasuk kemungkinan unsur rasuah.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Dr. Azman Ismail berkata, pemilihan itu terpaksa ditangguhkan untuk tempoh yang belum ditetapkan.

“Penangguhan itu dibuat kerana kami merasakan wujud elemen keraguan di situ. Jadi kami melakukan siasatan dalaman dan sementara menanti siasatan itu selesai, kami menangguhkan pemilihan untuk cabang berkenaan.

“Sampai bila, belum dapat dipastikan. Begitu pun hanya pemilihan peringkat cabang itu saja ditangguhkan sementara pemilihan peringkat nasional di kawasan tersebut tetap diteruskan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Penangguhan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan dijalankan SPRM terhadap dua lelaki yang merupakan sekretariat jawatankuasa pemilihan PKR baru-baru ini.

Kedua-dua mereka ditahan dan direman kerana dipercayai meminta wang berjumlah RM20,000 daripada seorang lelaki berusia 58 tahun sebagai dorongan supaya nama individu berkenaan tidak digugurkan daripada senarai calon yang akan bertanding pada pemilihan parti peringkat cabang di negeri ini.

Mengulas lanjut katanya, biar pun perkara itu belum dibuktikan dan tiada pertuduhan dibuat setakat ini, namun siasatan dalaman tetap dijalankan.

“Notis mengenai bila pemilihan cabang itu dijalankan akan diumumkan kemudian,” katanya.

………….

https://pakdin.my/tag/pkr

UTAMAPOLITIKRasuah: Pemilihan cabang PKR Pokok Sena tangguh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium