Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Global

All countries
245,749,124
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
All countries
221,024,534
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
All countries
4,987,253
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Rasuah projek pembangunan di Sabah, SPRM rampas RM114.5 juta tunai

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM114.5 juta daripada 2 pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata rampasan itu dibuat daripada seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi awam itu, selepas mereka ditahan SPRM semalam.

“Hasil siasatan, SPRM merampas RM75 juta dari pejabat, rumah dan akaun bank kedua-dua suspek tersebut dan keluarga mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata selain wang tunai, SPRM juga merampas 127 geran tanah, 9 kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, jam tangan mewah pelbagai jenama dan barang kemas yang semua nilainya belum diketahui.

Katanya, susulan penahanan kedua-dua suspek itu SPRM turut menangkap seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan akauntannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan mereka.

Beliau berkata penangkapan ‘Datuk’ dan akauntannya itu membolehkan SPRM menyita kira-kira RM37 juta daripada akaun sebuah syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan seorang daripada pegawai kanan agensi awam itu.

Azam berkata SPRM turut merampas RM2.5 juta lagi daripada sebuah peti simpanan di sebuah bank milik timbalan pengarah itu.

SPRM akan membuka 5 peti besi lagi dalam masa terdekat dengan bantuan pihak bank, katanya.

“Sejak penubuhan badan pencegahan rasuah 49 tahun lalu, kita tidak pernah menyita wang tunai sebanyak ini daripada individu, khususnya penjawat awam.

“Kami percaya mereka juga memiliki wang di beberapa bank di luar negara,” katanya.

Beliau berkata pengarah dan timbalan pengarah itu disiasat SPRM kerana disyaki mengendalikan projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010.

“Mereka juga dipercayai memonopoli semua projek itu dan diserahkan kepada adik-beradik mereka,” katanya.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Azam berkata SPRM turut mengenal pasti beberapa individu lagi yang dipercayai bersubahat dengan semua suspek dan akan memanggil mereka untuk memberi keterangan tidak lama lagi.

Katanya, jika ada pihak yang enggan memberi kerjasama, SPRM boleh mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021