27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

RATU terjun negara, Pandelela Rinong menang pingat gangsa

RATUterjun negara, Pandelela Rinong membawa berita gembira dengan menambah satu lagi pingat – gangsa dalam temasya Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga final acara 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik, London, sebentar tadi.

Pandelela memungut 359.20 mata dalam persaingan yang berakhir sekitar jam 3 pagi tadi (waktu Malaysia).


Dalam acara itu, emas dimenangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang perak dibawa pulang oleh Brittany Broben dari Australia
(366.50 mata).

Dengan kejayaan Penerjun muda dari Sarawak ini, Malaysia setakat ini telah mengutip dua pingat pada Sukan Olimpik 2012.


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengutip perak Sabtu lalu.

Keputusan akhir:


EMAS: Chen Ruolin (CHN) – 422.30 mata
PERAK: Brittany Broben (AUS) – 366.50
GANGSA: PANDELELA RINONG – 359.20

Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan