Ratusan Penyokong Morsi Terbunuh (video) - pakdin.my

egypt 130210

Ratusan penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi terbunuh apabila polis menggempur dua kem utama kumpulan penunjuk perasaan itu.

Ikhwanul Muslimin mendakwa lebih 500 penunjuk perasaan pro-Morsi terbunuh manakala 9000 lagi cedera.

Bagaimanapun, angka rasmi yang disahkan terbunuh oleh Menteri Kesihatan setakat ini 278 orang sementara jumlah yang cedera meningkat dari 874 orang ke 2001 orang.

Rakaman visual di kawasan masjid Rabaah Al-Adawiya, Kaherah menunjukkan ratusan mangsa yang terbunuh selain mangsa cedera diberikan rawatan.

Polis anti-rusuhan mengambil langkah untuk menyuraikan penunjuk perasaan menggunakan kereta perisai, jentolak dan bantuan helikopter.

Keadaan itu mencetuskan pertempuran jalanan yang sengit yang kemudiannya membawa kepada tindakan pasukan polis rusuhan menggempur kem penunjuk perasaan lebih besar di Dataran Rabaah Al-Adawiyah.

Menurut wakil agensi berita yang menyaksikan pertempuran, kebanyakan mangsa mati akibat ditembak.

Keadaan itu memaksa Presiden Sementara, Adly Mansour mengisytiharkan darurat yang berkuatkuasa jam 4 petang waktu tempatan.

 

UTAMADUNIARatusan Penyokong Morsi Terbunuh (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium