Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am

Global

All countries
230,825,401
Confirmed
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am
All countries
205,797,029
Recovered
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am
All countries
4,731,481
Deaths
Updated on September 23, 2021 00:01 12:01 am

Rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar didengar 11 dan 12 Disember

liwat 2

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Disember untuk mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas kes itu dikemukakan di hadapannya untuk pengurusan kes.

Mewakili pihak pendakwa ialah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Anwar diwakili Karpal Singh. Muhammad Shafee, yang merupakan peguam kanan, dilantik oleh Peguam Negara secara “fiat” untuk mengetuai pihak pendakwa dalam rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Jan tahun lalu yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26.

Karpal Singh berkata sementara itu, Mahkamah Rayuan perlu menyediakan alasan penghakiman berhubung keputusannya (Mahkamah Rayuan) menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai peguam utama.

Beliau berkata ini untuk membolehkan rayuan Anwar (terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee sebagai pendakwa raya) didengar di Mahkamah Persekutuan sebelum 11 Disember.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Ramly Ali pada 17 Sept tahun ini menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee atas alasan pelantikannya sebagai pendakwa raya adalah sah dan mengikut ketetapan undang-undang.

Ketua Pembangkang itu kemudiannya memfailkan notis rayuan pada 20 Sept tahun ini terhadap keputusan itu.

Anwar, 64, dituduh melakukan kesalahan itu di satu unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Pada 9 Januari tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar memutuskan berlaku penetrasi zakar tetapi tidak disahkan oleh keterangan lain.

Beliau juga memutuskan mahkamah tidak pasti 100 peratus berhubung integriti sampel diambil daripada Mohd Saiful bagi ujian DNA kerana sampel itu telah diusik sebelum sampai ke jabatan kimia untuk analisis. –

Berkaitan