Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Global

All countries
231,533,265
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
206,497,379
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
4,745,154
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Rayuan Sherie Merlis didengari, adik dibawa ke pusat kuarantin

Rayuan dan rintihan pelakon Sherie Merlis akhirnya didengari apabila adik perempuannya bersama suami dan anak-anak kini menjalani tempoh kuarantin di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Khabar gembira tersebut dikongsi dalam satu hantaran video oleh seorang pengguna akaun Instagram @nafidzrazak dari Kumpulan Megaklinik Zahran hadir ke kediaman Sherie dan melakukan ujian calitan kepada semua ahli keluarga dramatis berkenaan.

“Bila ramai yang tag tentang Sherie, saya dan pasukan @kumpulan_megaklinik_zahran terus bergegas untuk melihat sendiri keadaan keluarganya.

“Alhamdulillah, semua telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini dipantau rapi oleh Megaklinik Zahran. Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 bersama suami dan anak-anaknya yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri,” katanya.

Menerusi hantaran sama, dia turut berterima kasih kepada aktor Datuk Fizz Fairuz yang membantu dalam urusan Sherie.

“Terima kasih juga kepada Datuk @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abang long dan Sherie.

“Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang telah memudahkan segala urusan,” tulisnya.

Difahamkan, keluarga adik Sherie akan menjalani tempoh kuarantin di Hotel Royal Chulan selama 10 hari.

Menerusi ujian calitan yang dilakukan, adik Sherie bersama suami dan dua anak kecil mereka didapati positif Covid-19 dan telah dibawa ke hotel itu hari ini.

Sementara, ahli keluarga yang lain termasuk Sherie sudah menjalani ujian calitan dan disahkan tidak dijangkiti virus berkenaan.

Terdahulu, dalam laporan Kosmo! Online hari ini, Sherie merayu kepada orang ramai selepas buntu apabila adiknya yang positif Covid-19 tidak menjalani kuarantin di tempat yang sepatutnya.

Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat tersebut, dia meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu. – K! ONLINE

Berkaitan