Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Malaysia

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Global

All countries
245,743,769
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
All countries
221,005,404
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
All countries
4,987,115
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

@razaliibrahim Tidak Gentar Hadapi Salahuddin Ayub di Muar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dikatakan berminat untuk bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kalau dia nak bertanding di Muar, saya alu-alukan. Tapi tidak logik sebab kerusi Parlimen Muar untuk pembangkang adalah kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Adakah Salahuddin nak masuk PKR. Isu ini banyak membuang masa kita. Mereka tidak mempunyai fokus yang jelas,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi ramah mesra bersama pelajar yang menyertai Program Parlimen Belia di Dewan Negara pada Isnin.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Salahuddin bebas untuk bertanding di mana-mana asalkan beliau mahu berkhidmat untuk rakyat bukannya mahu mendapatkan kuasa.

“Saya tidak boleh menguasai rakyat, mereka buatlah pertimbangan. Tapi kalau Salahuddin datang ke Muar, apa pilihan yang saya boleh buat.

“Perkara asas kepada saya kenapa Salahuddin keluar dari Kelantan. Kenapa dia tidak mempertahankan kerusi di Kelantan?,” katanya.

Razali berkata, sekiranya Salahuddin hendak bertanding di kerusi Parlimen, beliau tidak boleh menjadi Menteri Besar Johor seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

“Dia (Salahuddin) bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Kalau dia bertanding di kerusi Parlimen dia tak boleh jadi Menteri Besar Johor. Kalau dia bertanding di dua-dua kerusi, dia sendiri tidak yakin dengan kemampuannya.

“Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di dua kerusi. Kita lebih menumpukan kepada kerja, hendak bertanding satu kerusi pun kita tak cukup tangan. Bagaimana Salahuddin nak bertanding dua kerusi. Dia pun tak berminat hendak jaga rakyat,” katanya.

Razali berkata, pengumuman Salahuddin untuk bertanding diJohor hanyalah untuk meluaskan kuasa pembangkang untuk menawan negeri itu daripada BN.

“Ini lebih kepada kuasa. Pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh mereka semua mengenai kuasa sama ada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa daripada rakyat. BN pun mengalu-alukan Salahuddin sebab saya pun tidak tahu calon BN di Muar.

“Tapi saya akan pastikan jika dia (Salahuddin) bertanding di Muar, saya sendiri akan ketuai jentera BN di sana,” katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengesahkan akan kembali ke Johor, menyertai rancangan Pakatan Rakyat (PR) Johor untuk mengambil alih negeri berkenaan dalam pilihan raya akan datang.

Salahuddin yang mengesahkan dakwaan tersebut bagaimanapun enggan mengulas sama ada beliau akan menjadi menteri besar sekiranya pakatan pembangkang itumenawan Johor dalam PRU13.

Difahamkan barisan kepimpinan PR telah mengadakan satu “perbincangan serius” dengan Salahuddin untuk kekal dinegerinya yang mempunyai kekurangan calon berwibawa untuk mengisi jawatan menteri besar.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang dengan peningkatan sokongan masyarakat Cina, namun kekurangan calon berkelayakan untuk menjawat jawatan menteri besar.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021