Redah hujan risau pelanggan lapar, pemandu GrabFood ‘disedekah’ RM200

KUALA LUMPUR ― Sanggup meredah hujan lebat kerana bimbang pelanggan berlainan kaum lapar, kesungguhan seorang pekerja syarikat e-panggilan GrabFood mendapat rezeki terpijak apabila beliau menerima duit raya RM200.

“Dia (William) faham dia tak rush (tergesa-gesa) minta saya hati-hati dan tunggu sampai (hujan) berhenti. Hampir sejam lebih hujan tak berhenti saya inform (maklumkan) lagi dan dia kata tak apa boleh tunggu lagi dan tak nak saya jalan jugak bahaya.

“Bila dia cakap dia hanya makan biskut sementara tunggu sebab dia tak lunch (makan tengah hari) lagi, saya terus redah hujan lebat basah-basah sebab kesian pulak dia lapar,” katanya

Hadi berkata William juga membeli nasi lemak ayam rendang dan air kopi untuk membolehkannya berbuka puasa setiba di destinasi, sebuah kedai cermin mata di plaza tersebut, sebelum pelanggan itu menyerahkannya resit menyebabkan Hadi kehairanan.

“Dia bagi saya resit. Mula saya pelik kenapa dia bagi resit rupanya dalam resit itu ada gulungan duit RM200 dia kata ni dia sedekah duit untuk saya duit raya,” kata Hadi.

“Masa tu memang rasa macam nak sujud syukur je rasa Allah je tahu. Dia pun peluk badan saya banyak kali dia cakap ‘saya faham kerja macam ni susah dan risiko’. Badan saya basah lencun sikit pun dia tak kisah pegang”.

Selepas kembali ke motosikal, Hadi mendapati beliau menerima tempahan “tak berhenti-henti” sehingga jam 10 malam sedangkan sebelum peristiwa itu Hadi “bangau” ― istilah slanga yang mengambarkan tiada ada apa-apa yang boleh dibuat.

Hadi yang terdesak memerlukan RM300 dipercayai untuk persiapan sambutan Aidilfitri, bersyukur kerana beliau bukan sahaja menerima sedekah bahkan memperoleh banyak pendapatan  pada hari berkenaan, melebihi sasaran.

Pada akhir hantaran di Facebook pada 5 Jun lalu, Hadi sempat berpesan supaya “jangan kita menilai perangai manusia itu dari bangsa (kaum) dia tapi nilai dari segi pendirian dia, semua bangsa (kaum) ada baik buruk”.

Facebook Hadi Lina

Comments (No)

Leave a Reply