Redmi 9C dengan storan besar 128GB mula dijual di Malaysia - pakdin.my

Jika anda mencari telefon dengan storan besar tetapi bajet di bawah RM500, anda kini boleh mendapatkan Redmi 9C 128GB. Xiaomi Malaysia mengumumkan bahawa ia telah mula dijual di Malaysia sekarang dan boleh didapati di semua kedai Mi Store.

Dengan ini, sudah terdapat tiga varian untuk telefon pintar Xiaomi termurah tetapi cukup berkuasa digunakan harian seperti belajar dari rumah mahupun kerja bergerak seperti e-hailing. Harga varian Redmi 9C di Malaysia adalah seperti berikut:

  • RAM 2GB + Storan 32GB – RM429 (Lazada)
  • RAM 3GB + Storan 64GB – RM479 (Lazada)
  • RAM 4GB + Storan 128GB – RM499 (Lazada)

Spesifikasi

Redmi 9C dikuasakan pemproses Mediatek Helio G35, RAM LPDDR4x, storan eMMC5.1 dan menerima kad mikroSD untuk storan tambahan. Ia ada skrin seluas 6.53-inci HD+ bertakuk di atas untuk kamera hadapan.

Bateri pula berkapasiti 5,000mAh dan menyokong kuasa pengecas 10W melalui sambungan mikroUSB. Pengimbas capjari terdapat di belakangnya.

Ia ada 3 kamera di belakang iaitu kamera utama 13MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Manakala kamera hadapannya 5MP, terletak di dalam takuk di atas skrin.

Telefon ini turut menyokong dwi-sim 4G dengan VoLTE, serta masih memiliki jek audio 3.5mm dan speaker mono. Ada 3 warna boleh dipilih untuk Redmi 9C iaitu oren, hitam dan biru.

[Sumber: Xiaomi]

,

 

UTAMAGAYA HIDUPRedmi 9C dengan storan besar 128GB mula dijual di Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium