Rejim PH membisu isu pencemaran Kilang Bateri di Jenjarom [Video] - pakdin.my

Sedih, sedih, sedih!
Beberapa hari yang lalu, saya telah memperihalkan isu pencemaran udara dan air akibat dari pengoperasian kilang bateri kitar semula di Jenjarom. Saya telah memetik hasil kajian dan pandangan ilmiah Professor Maketab Mohamed.

Petang tadi, ratusan penduduk Jenjarom telah mengadakan satu demonstrasi untuk membantah pengoperasian Kilang Bateri Kitar Semula yang membawa impak buruk kepada alam sekitar.

Ini berikutan Kerajaan PH yang masih memilih untuk “membisu dan memekakkan telinga” serta enggan mengambil tindakan tegas terhadap kilang bateri berkenaan walaupun media telah melaporkan isu ini secara meluas.

Kasihan pada orang-orang kampung terpaksa memekik memohon intervensi kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang serius ini.

Menteri-menteri PH yang berikut tolong jangan membisu lagi.

1. YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli selaku Ahli Parlimen Kuala Langat mestilah tampil untuk membantu pengundinya. Ingat, Dr Xavier menjadi YB Ahli Parlimen kerana sokongan para pengundi di sana. Maka, jasa pengundi wajib dibalas. Tambahan pula, kilang bateri ini turut disyaki melepaskan buangan terjadual yang telah meresap masuk ke bawah tanah sehingga mencemar sumber air. Bukankah ini berkaitan dengan portfolio beliau? Mana mahu lari YB? Kepentingan pengundi patut diutamakan!

2. YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim. Tolong arahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak sekarang. Tutup kilang, dakwa pemilik di mahkamah, melakukan kerja pembersihan. Kilang ini terlalu dekat dengan rumah kediaman dan syarat zon penampan 500m dari kawasan kediaman tidak dipenuhi. Exco Alam Sekitar Selangor YB Hee Loy Hean pernah melawat kilang tapi ianya sekadar “media show”. Apa tunggu lagi?

3. YB Puan Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan. Majlis Daerah Kuala Langat berdegil dengan pendirian bahawa lokasi kilang ini sesuai kerana terletak di kawasan Industri sederhana. Sejak bila kilang bateri diklasifikasikan sebagai industri sederhana? Mengikut JAS, kilang bateri kitar semula sememangnya adalah industri berat kerana menghasilkan buangan terjadual. YB Menteri KPKT sepatutnya panggil MB Selangor sama-sama arahkan MDKL jangan pandai-pandai membuat tafsiran sendiri. Takkan MDKL lebih arif daripada JAS?

Saya memang tak faham kenapa Menteri-menteri perlu berdolak-dalik dalam menangani isu serius ini?

#CegahSebelumParah
#SelamatkanWargaJenjarom

UTAMAPOLITIKRejim PH membisu isu pencemaran Kilang Bateri di Jenjarom

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium