Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Global

All countries
231,526,064
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
All countries
206,496,795
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
All countries
4,745,040
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Rekod jaringan ‘Supermokh’ dapat pengiktirafan FIFA

Di sebalik kejayaan dua bintang bola sepak terkemuka dunia buat masa ini, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, legenda bola sepak Malaysia Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Allahyarham Mokhtar, yang mengggegar dunia bola sepak Asia era 70-an dan 80-an sebelum bersara akibat penyakit saraf diiktiraf badan sukan dunia itu sebagai penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman menerusi entri Twitternya, semalam.

Dikenali sebagai ‘Supermokh,’ beliau telah meledak sebanyak 89 gol dalam 131 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

Catatan itu hanya diatasi oleh legenda dan penyerang Iran, Ali Daei dan bintang Portugal, Ronaldo yang berkongsi rekod sebagai penjaring terbanyak selepas masing-masing menjaringkan 109 gol.

Rekod jaringan Allahyarham Mokhtar juga, mengatasi pencapaian legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan, dan bintang Brazil, Pele yang meledak 77 gol.

Bintang Barcelona, Messi berjaya memasuki senarai sembilan pemain paling banyak mencipta jaringan di peringkat antarabangsa selepas meledak dua gol untuk membantu Argentina membenam Bolivia 4-1 dalam aksi Copa America yang masih berlangsung.

Messi kini terikat di kedudukan kesembilan dengan 75 jaringan bersama pemain Hungary Sandor Kocsis, Kunishige Kamamoto (Jepun) dan Bashar Abdullah (Kuwait).

Mokhtar, penyerang paling digeruni dalam sejarah pasukan kebangsaan, pernah membantu Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka sebanyak empat kali, Sukan SEA dua kali, serta meraih pingat gangsa Piala Asia 1974.

Pada saingan domestik, pemain kelahiran Ampang itu pernah membantu Selangor merangkul gelaran Piala Malaysia sebanyak 10 kali bermula 1972 hingga 1986, serta kejuaraan liga pada 1984.

Beliau meninggal dunia ketika berumur 37 tahun pada 11 Julai 1991, akibat penyakit distrofi otot di Subang Jaya Medical Centre.

Senarai penjaring terbanyak FIFA

——————————————

109 – Ali Daei (Iran), Cristiano Ronaldo (Portugal)

89 – DATUK MOKHTAR DAHARI (MALAYSIA)

84 – Ferenc Puskas (Hungary)

79 – Godfrey Chitalu (Zambia)

78 – Hussein Saeed (Iran)

77 – Pele (Brazil)

76 – Ali Mabkhout (UAE)

75 – Sandor Kocsis (Hungary), Kunishige Kamamoto (Jepun), Bashar Abdullah (Kuwait) dan Lionel Messi (Argentina).

— BERNAMA

Berkaitan