Remaja Dan Wanita Ditemui Disumbat Di Dalam But Kereta - pakdin.my

jalan-gentingKemaskini:

Polis menahan empat suspek, termasuk seorang wanita, selepas mereka dipercayai menyamun sebuah kereta Proton Perdana dinaiki sepasang kekasih di sebuah hotel di sini hari Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong DSP Wan Azharudin Wan Ismail berkata dalam kejadian pukul 8 pagi itu, sebuah kereta peronda dari Balai Polis Goh Tong Jaya melihat dua kenderaan, iaitu Honda City dan Proton Perdana, dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhampiran satu pusat peranginan di daerah ini.

Beliau berkata seorang anggota polis terbabit cuba melakukan pemeriksaan namun kedua-dua kenderaan melarikan diri sebaik melihat kehadiran kereta peronda berkenaan.

“Polis kemudian bertindak mengejar kereta terbabit namun malangnya, kereta jenis Honda City hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta Honda City menemui seorang pemandu lelaki dan seorang penumpang wanita,” katanya kepada pemberita.

Wan Azharudin berkata tidak lama selepas itu, sebuah lagi kereta dipercayai rakan suspek berhenti di tempat kejadian dan memaklumkan bahawa pemandu serta penumpang Honda City itu adalah rakan mereka.

Beliau berkata anggota polis terbabit mendapati dua lelaki serta seorang perempuan yang berada di dalam Proton Perdana itu mencurigakan dan mengarahkan kesemua suspek kedua-dua kenderaan dibawa ke Balai Polis Goh Tong Jaya.

“Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Proton Perdana itu, anggota polis terkejut melihat seorang lelaki ditemui dalam but kenderaan berkenaan.

“Sebaik dibawa keluar dari kereta itu, mangsa memberitahu disamun semasa di tempat letak kereta di sebuah hotel di pusat peranginan berkenaan,” katanya.

Wan Azharudin berkata mangsa juga memberitahu perempuan yang berada di tempat duduk belakang Proton Perdana miliknya itu adalah kekasihnya.

“Sehubungan itu, keempat-empat suspek terlibat ditahan untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana kurungan salah,” katanya.

*******************************

Kes terbaharu di Genting Highlands itu terbongkar apabila seorang lelaki membuat laporan polis selepas terlibat dalam kemalangan.

Curiga dengan bunyi ketukan dari but keretanya menyebabkan polis membuat pemeriksaan dan menemui dua mangsa di dalamnya.

Seorang lelaki sedang memandu kereta untuk turun dari pusat peranginan itu petang tadi.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, kereta itu dikatakan terbabas dan melanggar tembok jalan.

Rakannya yang memandu kereta berasingan mengekori dari belakang cuba membantu.

Polis bantuan pusat peranginan itu yang melihat kejadian itu segera membantu dan mengiringi pemandu kereta ke Balai Polis Genting Highland untuk membuat laporan.

Ketika membuat laporan, salah seorang anggota polis terdengar bunyi ketukan dari but kereta lelaki itu.

Sebaik diperiksa, didapati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan wanita berusia 26 tahun berada di dalam but kereta.

Empat lelaki kemudian ditahan untuk membantu siasatan.

Motif sebenar kejadian masih disiasat.

UTAMABERITARemaja Dan Wanita Ditemui Disumbat Di Dalam But Kereta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium