26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Remaja Hilang Di Sungai Chiling Ditemui Mati Lemas

KUALA KUBU BHARU – Jenazah peserta Perkhemahan Remaja Unggul yang dilaporkan hilang ketika menjalani aktiviti perkhemahan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, semalam, ditemui jam 10.30 pagi tadi.

Jenazah Anis Fatihah Hishamuddin ditemui pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi mencari bermula jam 8 pagi selepas pencarian semalam gagal menemui mangsa.

“Mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat di kawasan air terjun berhampiran kuala sungai dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Difahamkan, mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan susulan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan remaja berkenaan dikesan hilang ketika menjalani aktiviti ‘night walk’ di lokasi kejadian.

20161204-mayat-anis-fatihah-ditemui

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.