25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Remaja Hilang Hadir Ke Balai

JUMPA... Balvin Kaur Ragh Bir Singh, 17 (tengah), yang hilang pada 7 April lalu dipercayai dipukau lelaki dikenali bernama 'Ravi' ditenteramkan oleh ibunya Hakbans Kaur Bhagwan Singh (kanan) ketika menangis sejurus tiba di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

KUANTAN: Remaja perempuan, Balvin Kaur Raghbir Singh, 17, yang dilaporkan hilang di sini sejak 7 April lepas, sudah ditemui semalam apabila gadis itu hadir ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata pelajar Tingkatan Lima itu datang sendiri ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pukul 3 petang semalam selepas berita kehilangannya tersebar.

“Dia hadir ke Balai Polis Dang Wangi dengan tidak ditemani sesiapa di mana dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Keluarga remaja perempuan itu membuat laporan polis pada 7 April lalu selepas gadis itu tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumahnya di Bukit Setongkol di sini pada kira-kira 12 tengah hari.

Remaja perempuan itu dipercayai telah mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Ravi yang berusia 53 tahun dan seorang perempuan berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Sri.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan