30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Remaja Lelaki 14 Tahun Jadi Korban Pertama Banjir Di Johor

korban-banjir-johor

LEDANG — Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menjadi korban pertama banjir di Johor apabila lemas ketika mandi di parit di Kampung Tanjung Labuh, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak Azhar Elmi Mustofar berkata remaja itu dikenali sebagai Abdul Hadi Abdul Hamid dipercayai lemas ketika sedang mandi bersama-sama dua rakannya pada kira-kira 2.30 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 2.53 petang telah menggerakkan sebuah jentera dan kenderaan utiliti bersama-sama lapan anggota serta dua pegawai ke lokasi kejadian.

“Usaha mengesan dan mencari mangsa dilakukan pada kira-kira 3.06 petang dan pada 3.14 petang, bomba berjaya menemukan dan mengeluarkan mangsa dari dasar parit sedalam kira-kira 3.6 meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Daerah Ledang dilanda banjir susulan hujan lebat semalam dan setakat 12 tengah hari ini, 59 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sialang Tengah di sini.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...