26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Remaja lelaki maut asyik main PUBG

Seorang remaja lelaki di India meninggal dunia kerana terlalu asyik bermain permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) selama beberapa hari, sehingga tidak makan dan minum.

Gulf News melaporkan, remaja berusia 16 tahun yang berasal dari Andhra Pradesh itu meninggal dunia pada 10 Ogos lalu, dipercayai selepas sakit akibat dehidrasi.

Remaja lelaki itu sempat dibawa ke hospital swasta di bandar Eluru oleh keluarganya sebelum menjalani pembedahan berikutan mengalami cirit-birit teruk.

Namun, dia gagal diselamatkan sebelum meninggal dunia ketika menjalani rawatan.

PUBG menerima kecaman hebat di peringkat global sebelum ini dan beberapa negara pernah mengambil tindakan menyekat permainan berkenaan.

Ia berikutan kesan permainan itu yang didakwa menyebabkan ketagihan kepada golongan muda.

Pada Jun tahun lalu, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Madhya Pradesh meninggal dunia akibat serangan jantung selepas didakwa bermain PUBG selama enam jam tanpa henti.

Hindustan Times melaporkan, mangsa dikenali sebagai Furkhan Qureshi disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital apabila rebah di rumahnya.

“Dia mula bermain permainan itu selepas waktu makan tengah hari dan berterusan selama enam jam.

“Sebelum rebah, dia menjadi tertekan dan mula menengking pemain lain,” kata bapanya, Harun Rashid Qureshi.

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan