Kegembiraan sekumpulan remaja bermandi-manda berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas di kawasan perkelahan Sungai Sendat, Hulu Yam Bharu, tengah Sabtu.
Mangsa Zulhilmie Aiman Zulkifli, 16, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata kejadian berlaku kira-kira 12.40 tengah hari ketika Zulhilmie, yang tiba bersama 20 rakannya menaiki motosikal dari Klang, untuk mandi di sungai berkenaan.
“Apabila sampai, Zulhilmie mandi bersama rakan lain di kolam air terjun tingkat dua dan tidak tahu berenang lalu di bawa arus air terjun di tengah kolam dan tenggelam.
“Kawan-kawan mangsa tidak sempat menyelamatkan Zulhilmie kerana kejadian berlaku dengan pantas.
Bagaimanapun dengan bantuan orang awam dan renjer hutan Zulhilmie berjaya ditemukan 30 minit kemudian di tebing sungai itu,” katanya kepada Bernama.
Supramaniam berkata mayat Zulhilmie dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. –
Remaja lemas di Sungai Sendat, Hulu Yam https://t.co/eGnMEQ7VmB https://t.co/c8XLn8dWC9
Remaja lemas di Sungai Sendat, Hulu Yam https://t.co/i1LVwSPIIR
Remaja lemas di Sungai Sendat, Hulu Yam https://t.co/qiqdvFgL0B
Remaja lemas di Sungai Sendat, Hulu Yam https://t.co/tgleblhLCE
Remaja lemas di Sungai Sendat, Hulu Yam: Kegembiraan sekumpulan remaja bermandi-manda berakhir dengan tragedi… https://t.co/UvcY9CNtEg
Remaja lemas di Sungai Sendat, Hulu Yam: Kegembiraan sekumpulan remaja bermandi-manda berakhir dengan tragedi… https://t.co/s0ovc6vqr8
Din Lobo liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.