30 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 11, 2021

Remaja masuk ICU disyaki akibat hisap vape

LABUAN: Seorang remaja lelaki dimasukkan ke Hospital Nukleus dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape, menjadikannya kes pertama yang dilaporkan di Labuan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari dalam kenyataan berkata, satu pemeriksaan menyeluruh dilakukan bagi mencari punca sebenar remaja berusia 17 tahun itu yang menghidapi komplikasi paru-paru.

“Remaja lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 4 Nov akibat kesukaran bernafas, beliau seorang penghidap asthma dan diberikan rawatan bagi mengubatinya di Unit Rawatan Rapi (ICU)..

“Bagaimanapun semasa di ICU, dia didiagnosis menghidapi beberapa kerosakan bahagian dalam paru-paru disamping simptom rhabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang,” katanya.

Ismuni berkata, berdasarkan kepada siasatan mendapati remaja itu menghisap vape selama dua minggu, sebelum dia dimasukkan ke ICU.

“Siasatan kami juga mendedahkan yang remaja itu bukan sahaja menghadapi beberapa kerosakan pada bahagian dalaman paru-paru, namun ia boleh juga disebabkan oleh penyakit otoimun yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia atau menghisap vape…penyiasatan kami masih berjalan…Saya minta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati privasi keluarga remaja tersebut,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.