26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Remaja naif

KEBELAKANGAN ini isu membabitkan remaja ditahan dalam pesta liar semakin kerap dan perkembangan itu membimbangkan apabila melihat insiden yang berlaku sebagai permulaan kepada pembabitan golongan itu dalam kancah jenayah terutama dadah.

Menurut Penasihat Mahkamah Kanak-kanak Kuala Lumpur, Jameyah Sheriff, setiap kes bermula dengan meraikan sambutan hari jadi individu berakhir dengan kesalahan berat apabila ditahan dan mendapati penggunaan atau pemilikan dadah dalam aktiviti itu.

“Dalam setiap 15 kes diterima membabitkan remaja ditahan dalam pesta liar, kebiasaan 10 daripadanya didapati membabitkan kes dadah. Sadisnya ada antara yang disaring positif tidak tahu mereka mengambil ‘barang’ itu.

“Mereka datang atas jemputan rakan untuk meraikan sambutan hari jadi. Biasanya dilakukan di apartmen atau kondominium mewah yang disewa atas talian.

“Apabila terlalu bising dan penduduk buat aduan, mereka ditahan bermula dengan kesalahan mengganggu ketenteraman awam dan apabila diperiksa mendapati ada unsur penggunaan dadah, akhirnya ditahan.

“Dalam satu kes saya sebagai pemerhati membabitkan tiga remaja ditahan masing-masing berusia 16 hingga 17 tahun sedang mengikuti pengajian vokasional dan golongan bijak pandai.

Tetapi, terpengaruh ajakan kawan, mereka ini akhirnya tewas dengan satu kesilapan,” katanya.

Menyasarkan remaja yang naif dan baharu datang dari kampung antara satu modus operandi biasa membabitkan pihak tidak bertanggungjawab dalam penganjuran aktiviti terbabit.

“Biasalah apabila datang dari kawasan kampung dan duduk di bandar, mereka ini mahu mencari kawan. Justeru mereka menjadi sasaran mudah.

“Mungkin di tempat mereka, majlis hari jadi itu biasa, tetapi di bandar ia berbeza kerana gaya hidup terutama pelbagai golongan baik terutama golongan elit meraikan cara berbeza.

“Ada juga setengah kes, remaja ditangkap tidak kenal penganjur dan hanya kerana mengikut kawan membuatkan mereka terperangkap dalam pesta liar,” katanya.

Menceritakan satu contoh kes membabitkan remaja berusia 16 tahun ditahan di sebuah apartmen sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), remaja itu mendakwa dia tidak mengambil sebarang bahan terlarang.

“Satu kes pernah saya bantu baru-baru ini mendapati remaja berusia 16 tahun dari selatan tanah air berhijrah ke Kuala Lumpur selepas mendapat tawaran kerja di sini.

“Dia diajak kawan sehingga tertangkap bersama bahan terlarang. Remaja itu berkali-kali memaklumkan dia tidak tahu kerana tidak pernah mengambil dan hanya minum air dijamu kepada pengunjung.

“Ketika ditahan, ibu bapa juga tidak tahu sehinggalah direman enam bulan kerana PKP. Dia terkejut kerana saringan kencing positif menyebabkan dia perlu ditahan untuk tindakan selanjutnya.

“Masalahnya mereka ini datang daripada keluarga susah dan untuk jamin keluar memerlukan sejumlah wang besar. Sedangkan asal remaja itu datang ke bandar untuk bantu keluarga.

“Di sini ibu bapa kena lihat meskipun anak bukan di depan mata, mereka masih bawah umur dan menjadi tanggungjawab ibu bapa,” katanya.

Saranan Jameyah dalam menangani kes membabitkan pesta liar perlu pembabitan semua golongan terutama ibu bapa dan guru di sekolah selain komuniti setempat.

“Pendidik dan ibu bapa bersama komuniti perlu bekerjasama untuk membendung gejala sosial ini. Anak-anak memerlukan sokongan dan bimbingan secara berterusan sehingga mereka benar-benar faham mengenai kehidupan masa depan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa tidak ‘defensive’ dan mengenali anak supaya dapat membantu anak menghadapi detik sukar.

Berita Berkaitan

PAS sasar peranan ‘kingmaker’ dengan sertai 2 gabungan politik

PAS menyasarkan peranan “kingmaker” dalam pilihan raya umum akan datang sewaktu ia membentuk jawatankuasa...

Hukum Gantung Kerana Menghina Rasulullah

Jika kita imbas semula bagaimana penghinaan yang dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia terhadap Junjungan...

Siasat Lim Guan Eng dari A-Z, baru adil

Saya ingin bertanya kepada SPRM, sudahkah akaun dan aset Lim Guan Eng dibekukan? Takut...

Hate Speech (and a bit of a Rant)

Nampaknya Fesbuk mendapati post saya mengenai cara orang Cina boleh menunjukkan bagaimana mereka terlalu...

[Video] Jangan main-main dengan sumpah laknat di mahkamah

Siapa kenal Johnny Frank Garrett? Dia dihukum mati sebab dituduh merogol dan membunuh. Masa dihukum mati,...

Kejayaan tukar speaker bukti Agong tepat dalam membuat keputusan

Ketika Agong membuat keputusan bahawa Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti lalu diangkat menjadi perdana...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan