Pencarian lelaki berusia 48 tahun itu berakhir dengan kejutan apabila menemukan anaknya telah bermalam dengan seorang lelaki di sebuah resort di sini.

Sumber memberitahu, semasa ditemukan, gadis remaja berke­na­an bersendirian dalam bilik ma­na­kala lelaki yang bersamanya sem­pat melarikan diri.

“Dia berusaha mencari anaknya sehingga ke resort berkenaan.

“Tiba di resort itu, dia terkejut mendapati anaknya berada dalam sebuah bilik bersendirian manakala lelaki bersamanya dipercayai mela­rikan diri melalui tingkap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bapa kepada re­maja itu kemudian membuat la­por­an di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Wong Chee Keong ketika dihubungi me­ngesahkan menerima laporan me­ngenai kes tersebut.

Katanya, bapa kepada mangsa telah diminta membawa anaknya membuat pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.

“Pemeriksaan yang dilakukan me­ngesan koyakan lama pada kema­luan remaja perempuan tersebut.

“Siasatan awal mendapati mang­sa berkenalan dengan suspek melalui aplikasi Wechat sejak tiga bulan lalu dan telah keluar bersa­ma beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Tambah Chee Keong, siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.