31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Remaja Perempuan Rancang Lari Diri Ke Thailand, Bukan Diculik

Lima remaja Myanmar dibawa menaiki van polis bagi membantu siasatan berhubung kes culik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.
Lima remaja Myanmar dibawa menaiki van polis bagi membantu siasatan berhubung kes culik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

SHAH ALAM — Remaja perempuan Malaysia, yang berjaya diselamatkan oleh polis Thailand pada 19 Mac lepas bersama-sama lima remaja Myanmar, adalah perancang utama kes penculikan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata maklumat itu diperolehi daripada keterangan konsisten lima remaja Myanmar terbabit ketika disoal siasat selepas dibawa ke negara ini pada Khamis lepas.

“Kesemua remaja Myanmar berkenaan yang berusia antara 14 dan 17 tahun itu memberitahu bahawa remaja perempuan berusia 14 tahun itu merupakan perancang utama dalam episod kes penculikan itu.

“Mereka turut memaklumkan kepada polis bahawa remaja perempuan itu memberikan idea supaya memberitahu pihak berkuasa Thailand bahawa kesemua mereka diculik walaupun berdasarkan kronologi kejadian kesemua mereka sebenarnya memang merancang perjalanan ke Thailand,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata sebaik dihantar oleh ibunya di perhentian bas di Seksyen 9 di sini pada 30 Jan lepas, remaja perempuan terbabit menelefon kesemua remaja Myanmar berkenaan dan bertemu di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 14 di sini.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.