30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Padah buka jaket keselamatan kerana nak berswafoto, remaja Yaman mati lemas

LANGKAWI — Tindakan seorang pelancong warga Yaman membuka jaket keselamatan semasa berada di atas jetski mengundang padah apabila beliau mati  lemas dalam kejadian di Pantai Chenang, di sini pagi tadi.

Ketika kejadian yang kira-kira 11.15 pagi itu, Al Shabibi Ibrahim Manueer, 17, dikatakan membuka jeket keselamatan dan berswafoto diatas jetski tersebut sebelum terjatuh akibat dipukul ombak.

Pegawai Bencana Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata kejadian tersebut disedari pengguna jetski lain yang kemudian membawa lelaki itu ke pantai.

“Mangsa telah dibawa ke Menara Penyelamat Pantai Chenang dan diberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) oleh anggota penyelamat pantai APM Daerah Langkawi namun gagal diselamatkan,” katanya di sini hari ini.

Azamshah berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha dan disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital tersebut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. — Bernama

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...