Reman Pegawai Khas Menteri Disambung - pakdin.my

Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender. 
Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

Tempoh reman seorang pegawai khas menteri dan ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’ yang ditahan berhubung dakwaan rasuah berkaitan tender pembersihan di sebuah kementerian disambung dua hari lagi mulai Isnin.

Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozaidi Yaacob, membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas kedua individu berkenaan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua mereka mula ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu bersama seorang lagi suspek iaitu seorang wanita berjawatan setiausaha.

UTAMABERITAReman Pegawai Khas Menteri Disambung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium