Rempuh belakang lori, satu maut dua parah - pakdin.my

KEADAAN kereta yang merempuh lori dalam kemalangan di Kilometer 86 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, malam tadi, menyebabkan seorang maut dan dua cedera parah.
KEADAAN kereta yang merempuh lori dalam kemalangan di Kilometer 86 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, malam tadi, menyebabkan seorang maut dan dua cedera parah.

KOTA BHARU: Seorang maut, manakala dua cedera parah selepas kereta dinaiki tiga lelaki merempuh bahagian sisi kiri belakang sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 86 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat Kampung Lepan Jenut, Kuala Krai, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam tadi, sebuah lori jenis Isuzu yang membawa tong gas dari arah Kuala Krai menuju Gua Musang.

Ketua Polis Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika lori berkenaan membelok ke simpang kanan jalan dengan tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Wira, yang dinaiki tiga mangsa terus merempuh belakang kiri lori terbabit.

“Akibat rempuhan itu, mangsa, Ramli Ismail, 45, maut di tempat kejadian. Dua lagi mangsa dirawat di unit kecemasan Hospital Kuala Krai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

nahas-kereta-lori-kota-bharu 1

UTAMABERITARempuh belakang lori, satu maut dua parah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium