Sunday - July 25, 2021 @ 23:58
BERITANASIONALRempuh Kereta Peronda: Penuntut Bawah Pengaruh Alkohol Di Tahan (video)

Rempuh Kereta Peronda: Penuntut Bawah Pengaruh Alkohol Di Tahan (video)

Posted by 废柴联盟 on Tuesday, June 23, 2015

Penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh belakang kereta peronda polis ditahan beberapa jam selepas kejadian Isnin lalu.

Remaja terbabit yang memandu kereta itu pada mulanya melarikan diri sejurus kejadian di Jalan Pudu menghala ke pusat bandar namun berjaya dikesan dan ditahan.

Rakaman video berkaitan kejadian rempuhan yang berdurasi 1.22 minit itu mula tersebar di laman sosial sejak Isnin lalu.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kemalangan yang berlaku pada 8.55 pagi itu mengakibatkan kereta peronda polis terbabit berpusing beberapa kali sehingga terbabas ke kanan jalan.

“Kami berjaya mengesan remaja terbabit sebelum menahannya pada hari sama dan ujian dijalankan mendapati dia dibawah pengaruh alkohol. Remaja berkenaan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

rempuh-kereta-peronda

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here