Rempuh Rombongan Berarak Untuk Thaipusam – Pemandu Pentaksub DAP Ditahan - pakdin.my

bmw-langgar-rombongan-thaipusam-3

Pemandu kereta yang merempuh sekumpulan penganut Hindu berarak menyertai sambutan Thaipusam di Seri Petaling pada Sabtu mengakibatkan tiga maut, ditahan.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, pemandu itu, berusia 25 tahun merupakan jurujual, ditahan selepas dia membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar.

“Dia ditahan kira-kira pukul 3.20 petang Sabtu,” katanya.

Ditanya sekiranya suspek melarikan diri dan meninggalkan keretanya kerana takut, Mohd Nadzri berkata, polis masih menyiasat insiden tersebut.

“Kita berharap orang ramai menghentikan spekulasi berhubung insiden ini,” katanya.

Hajat sekumpulan enam penganut Hindu untuk menunaikan nazar sempena Thaipusam, tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut manakala bakinya cedera dilanggar lari sebuah kereta di Lebuh Raya KL-Seremban, sebelum susur keluar Desa Petaling di sini, pagi Sabtu.

Dalam kejadian pukul 8 pagi, kumpulan itu yang berjalan kaki di lorong kecemasan dari arah Seremban dilanggar sebuah kereta jenis BMW berwarna hitam, bernombor pendaftaran PMH 718.

Mangsa yang meninggal dunia adalah K. Saravanan, 45, C. Kannan, 51, dan S. Papa, 53, berasal dari Seremban dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Kuala
Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai P. Mageswaran, 40, D. Darrshen, 18, dan seorang lagi wanita yang identitinya masih belum dikenal pasti, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan.

bmw-langgar-rombongan-thaipusam-4

bmw-langgar-rombongan-thaipusam-2

UTAMABERITARempuh Rombongan Berarak Untuk Thaipusam - Pemandu Pentaksub DAP Ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium