33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 26, 2021

RESOLUSI PBB KEMENANGAN BUAT PALESTIN – NAJIB

Keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dilihat satu kemenangan buat rakyat Palestin yang telah lama ditindas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel itu

“Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT jua, meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan terbela.

“Malaysia, bersama tiga lagi negara yakni New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram mereka,” kata perdana menteri dalam catatan di blog rasmi beliau pada Sabtu yang bertajuk ‘Resolusi Menentang Penempatan Haram’.

Najib berkata, keputusan itu bukan sahaja dari sudut agama, sebaliknya ia juga menandakan sokongan padu komuniti antarabangsa menentang pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan rejim Zionis.

Terdahulu pada Sabtu, 18 anggota UNSC – termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom – mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya.

Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu yang akan menamatkan khidmatnya, Datuk Ramlan Ibrahim, memberitahu Bernama selepas selesainya proses pengundian UNSC itu, perkembangan positif itu jelas merupakan kisah kejayaan Malaysia dalam arena diplomatik.

20161224-najib-razak-resolusi-menentang-penempatan-haram-israel

Berita Berkaitan

Komen

  1. MALAYSIA NEGARA ISLAM PIMPIN DUNIA BERI SOKONGAN PADA PALESTIN..
    Hari ini Malaysia memimpin dunia sebagai pengerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB menentang penempatan haram yahudi di Palestin.
    Terbukti Malaysia di bawah DSNR peduli. Tidak meninggalkan saudara kita di Palestin sana. Mesir pun takut nak lead resolusi ini kerana diugut Zionis. Buat pertama kali US di bawah Presiden Obama berkecuali. (So korang nampak tak game Najib di peringkat antarabangsa sampai US malu alah nak pakai veto).
    Parti pembangkang Malaysia “Pakatan Harapan” & Team Mahathir tidak usah burukkan UMNO & Pm Najib di mata dunia..

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.