RESOLUSI PBB KEMENANGAN BUAT PALESTIN – NAJIB - pakdin.my

Keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dilihat satu kemenangan buat rakyat Palestin yang telah lama ditindas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel itu

“Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT jua, meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan terbela.

“Malaysia, bersama tiga lagi negara yakni New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram mereka,” kata perdana menteri dalam catatan di blog rasmi beliau pada Sabtu yang bertajuk ‘Resolusi Menentang Penempatan Haram’.

Najib berkata, keputusan itu bukan sahaja dari sudut agama, sebaliknya ia juga menandakan sokongan padu komuniti antarabangsa menentang pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan rejim Zionis.

Terdahulu pada Sabtu, 18 anggota UNSC – termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom – mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya.

Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu yang akan menamatkan khidmatnya, Datuk Ramlan Ibrahim, memberitahu Bernama selepas selesainya proses pengundian UNSC itu, perkembangan positif itu jelas merupakan kisah kejayaan Malaysia dalam arena diplomatik.

20161224-najib-razak-resolusi-menentang-penempatan-haram-israel

UTAMABERITARESOLUSI PBB KEMENANGAN BUAT PALESTIN - NAJIB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium