Restoran di Sogo terbakar, tiga pekerja melecur - pakdin.my

sogo

dapur-sogo-meletup

Tiga pekerja sebuah restoran di pusat beli-belah Sogo di sini melecur di bahagian badan selepas ruang dapur premis itu terbakar dipercayai akibat kebocoran saluran gas pagi ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira 9.45 pagi itu turut mengakibatkan ruang dapur restoran berkenaan rosak teruk.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada pukul 10.06 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dihantar ke tempat kejadian tidak lama kemudian.

“Setibanya pasukan ini di lokasi, kebakaran telah dipadamkan oleh Pasukan Keselamatan Kebakaran (ERT) pusat beli-belah tersebut.

“Sistem pencegah kebakaran jenis sprinkler yang dipasang dalam bangunan pusat beli-belah itu juga membantu mengawal dan memadam kebakaran tersebut secara automatik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Azizan, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Kerugian serta punca sebenar kebakaran masih lagi dalam siasatan namun kita tidak menolak kemungkinan disebabkan kebocoran saluran gas,” ujarnya.

UTAMABERITARestoran di Sogo terbakar, tiga pekerja melecur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium